Pages

Rabu, 24 Julai 2013

Matematik: Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Kertas 1 & Kertas 2 Tingkatan 2

Berikut disertakan soalan Peperiksaan Akhir Tahun bagi mata pelajaran Matematik untuk pelajar Tingkatan 2. Kandungan soalan meliputi seluruh topik yang dipelajari dalam Matematik bagi Tingkatan 1 dan 2. Soalan disusun mengikut format PMR yang sebenar. Untuk Kertas 1 mempunyai 40 soalan objektif dengan 40 markah dan Kertas 2 mempunyai 20 soalan subjektif dengan 60 markah. Disertakan sekali Skema Jawapan bagi kedua-dua kertas soalan.

Model 1
Kertas 1
Kertas 2
Skema Jawapan

Model 2
Kertas 1
Kertas 2
Skema Jawapan

Matematik: Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Kertas 1 & Kertas 2 Tingkatan 1

Berikut disertakan soalan Peperiksaan Akhir Tahun bagi mata pelajaran Matematik untuk pelajar Tingkatan 1. Kandungan soalan meliputi seluruh topik yang dipelajari dalam Matematik bagi Tingkatan 1. Soalan disusun mengikut format PMR yang sebenar. Untuk Kertas 1 mempunyai 40 soalan objektif dengan 40 markah dan Kertas 2 mempunyai 20 soalan subjektif dengan 60 markah. Disertakan sekali Skema Jawapan bagi kedua-dua kertas soalan.

Model 1
Kertas 1
Kertas 2
Skema Jawapan

Model 2
Kertas 1
Kertas 2
Skema Jawapan

Ahad, 17 Mac 2013

Soalan Kertas 3 Fizik Tingkatan 4, 5

Soalan Kertas 3 bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan 4 dan 5 ini merupakan soalan format SPM yang sebenar. Soalan ini sesuai diuji dalam semua peringkat peperiksaan dan ujian mahupun sebagai latihan di dalam kelas. Disertakan dalam 2 format bahasa yang berbeza, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Soalan Kertas 3 ini terdapat 2 bahagian, Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A ada 2 soalan dan mesti menjawab kedua-duanya. Bahagian B pula ada 2 soalan dan jawab hanya 1 soalan sahaja.


Soalan pertama adalah soalan yang melibatkan Hukum Hooke (Hooke's Law) yang mana ia merupakan salah satu dari eksperimen yang dijalankan di dalam makmal yang menjadi PEKA (Pentaksiran Kerja Amali) Fizik Tingkatan 4. Format soalan adalah sama seperti soalan nombor 1 bagi mana-mana kertas 3 dalam SPM yang menguji pelajar tentang pemboleh ubah bersandar (manipulated variable), pemboleh ubah bergerak balas (responding variable) dan pemboleh ubah malar (fix/ constant variable), mengambil bacaan bagi setiap pemboleh ubah yang dimanipulasikan (mendapatkan bacaan bagi pemboleh ubah bergerak balas), melukiskan graf dan menyatakan hubungan antara pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas.

Soalan Fizik Kertas 3 Tingkatan 4, 5

Soalan kedua adalah soalan pentafsiran graf dari bab 3 Tingkatan 4 iaitu Tekanan. Di sini pelajar diminta untuk menjawab soalan seperti mengambil bacaan dari graf, mendapatkan kecerunan graf dan langkah berjaga-jaga untuk mendapatkan bacaan yang jitu.

Soalan 3 dan 4 masing-masing diminta untuk menulis laporan amali. Soalan 3 adalah soalan dari Fizik Tingkatan 4 dalam bab 3 iaitu Tekanan, manakala soalan 4 adalah soalan dari Fizik Tingkatan 4 dalam bab 2 iaitu Daya dan Gerakan. Soalan ini merangkumi inferens, hipotesis, tujuan eksperimen, pemboleh ubah (manipulasi, bergerak balas dan malar, alat radas dan bahan, susunan alat radas, prosedur, menjadualkan dan analisis data.

Ahad, 3 Mac 2013

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah Matematik Tingkatan 1 & 2

Blog ini akan memberikan contoh & latihan serta lembaran kerja untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 terutama sekali modul untuk guru dan pelajar untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Matematik. Modul soalan PBS Matematik ini akan diberi dalam dua format iaitu format pdf (Adobe Reader) dan doc (Microsoft Word).

Selain itu, contoh soalan peperiksaan bagi Matematik Tingkatan 1 hingga 5 juga akan disediakan. Contoh soalan ini akan diberi mengikut format peperiksaan terutama sekali bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan 4 dan 5 yang mana akan mengikut format soalan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Diharap anda dapat memberi sokongan sepenuhnya sama ada dengan berkongsi bahan pengajaran mahupun bahan soalan. Sebarang komen boleh ditujukan dalam ruangan komen.

Sekian.