Soalan Kertas 3 bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan 4 dan 5 ini merupakan soalan format SPM yang sebenar. Soalan ini sesuai diuji dalam semua peringkat peperiksaan dan ujian mahupun sebagai latihan di dalam kelas. Disertakan dalam 2 format bahasa yang berbeza, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Soalan Kertas 3 ini terdapat 2 bahagian, Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A ada 2 soalan dan mesti menjawab kedua-duanya. Bahagian B pula ada 2 soalan dan jawab hanya 1 soalan sahaja.
Soalan pertama adalah soalan yang melibatkan Hukum Hooke (Hooke's Law) yang mana ia merupakan salah satu dari eksperimen yang dijalankan di dalam makmal yang menjadi PEKA (Pentaksiran Kerja Amali) Fizik Tingkatan 4. Format soalan adalah sama seperti soalan nombor 1 bagi mana-mana kertas 3 dalam SPM yang menguji pelajar tentang pemboleh ubah bersandar (manipulated variable), pemboleh ubah bergerak balas (responding variable) dan pemboleh ubah malar (fix/ constant variable), mengambil bacaan bagi setiap pemboleh ubah yang dimanipulasikan (mendapatkan bacaan bagi pemboleh ubah bergerak balas), melukiskan graf dan menyatakan hubungan antara pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas.
Soalan Fizik Kertas 3 Tingkatan 4, 5
Soalan kedua adalah soalan pentafsiran graf dari bab 3 Tingkatan 4 iaitu Tekanan. Di sini pelajar diminta untuk menjawab soalan seperti mengambil bacaan dari graf, mendapatkan kecerunan graf dan langkah berjaga-jaga untuk mendapatkan bacaan yang jitu.
Soalan 3 dan 4 masing-masing diminta untuk menulis laporan amali. Soalan 3 adalah soalan dari Fizik Tingkatan 4 dalam bab 3 iaitu Tekanan, manakala soalan 4 adalah soalan dari Fizik Tingkatan 4 dalam bab 2 iaitu Daya dan Gerakan. Soalan ini merangkumi inferens, hipotesis, tujuan eksperimen, pemboleh ubah (manipulasi, bergerak balas dan malar, alat radas dan bahan, susunan alat radas, prosedur, menjadualkan dan analisis data.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan